PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin serta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Mohamed Azli Adam.
Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan beliau untuk mengetepikan sabitan bagi kesalahan menerima suapan wang tunai RM300 daripada seorang individu berusia 43 tahun di sebuah balai polis pada 14 Mac 2016.
Ahmad Zaidi juga berkata jika Mohamed Azli, 60, gagal membayar denda itu, beliau perlu menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Mahkamah memberi tempoh hingga Isnin ini untuk Mohamed Azli membayar denda itu.
Pada Mei 2022, Mahkamah Sesyen Shah Alam telah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM5,000 terhadap Mohamed Azli selepas beliau didapati bersalah.
Rayuannya telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 28 Feb tahun lepas.
Mohamed Azli dibebaskan dengan jaminan RM6,000 sementara menunggu rayuan.
Terdahulu, peguam Wan Shahrizal Wan Ladin meminta mahkamah mengetepikan hukuman penjara atas alasan anak guamnya telah berkhidmat hampir 33 tahun dengan Polis Diraja Malaysia (pada 2022) dan mempunyai tempoh dua tahun lagi sebelum bersara wajib.
Beliau juga memohon supaya anak guamnya diberi tempoh hingga Isnin untuk membayar denda kerana tidak cukup masa untuk menyelesaikannya hari ini namun dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya Noorhisham Mohd Jaafar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000. - Gambar hiasan
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Ahli perniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah guna dokumen palsu
Seorang ahli peniagaan bergelar 'Datuk' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menggunakan dokumen yang dipalsukan pada Jun tahun lepas.
AWANI Ringkas: Pergaduhan Piala Belia, FAM ambil tindakan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara - Fadillah
Fadillah berkata, pelantikan ke jawatan itu terletak di bawah budi bicara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Geng Bala tumpas, 13 wanita warga asing diselamatkan
Polis menumpaskan sindiket pelacuran, Geng Bala selepas menyelamatkan 13 wanita warga negara asing menerusi lima serbuan berasingan sekitar daerah ini dan Kulai pada 21 April hingga 1 Mei lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.